Title of article :
Sifat Maskulin dan Tingkah Laku Membuli
Author/Authors :
SAIBON, JAMAL SAFRI Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Malaysia , KARIM, FARIDAH Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Malaysia , MAHMUD, ZURIA Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Malaysia
Abstract :
Kajian ini bertujuan memahami bagaimana sifat maskulin mempengaruhi tingkah laku membuli pelajar-pelajar lelaki di sekolah menengah. Seramai 420 pelajar lelaki daripada lima buah sekolah bermasalah disiplin di Pulau Pinang telah menjawab soal selidik Tahap Tingkah Laku Buli (TTLB). Daripada jumlah ini, 74 orang yang telah mendapat skor sederhana dan tinggi dalam tingkah laku membuli diminta menjawab soal selidik Tahap Maskulin Pelajar dan ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara Tahap Tingkah Laku Buli dan Tahap Maskulin. Kajian ini mendapati ciri maskulin yang paling ketara dalam kalangan pelajar lelaki pembuli ialah kebolehan berjenaka, diikuti oleh bersih dan kemas, ciri atlit, serta semangat yang tinggi, dan paling kurang dalam ciri fizikal yang macho, tegap, pantas berlari maupun kaya. Temu bual menunjukkan bahawa pelajar melakukan buli agar disukai rakan, menjadi perhatian pelajar perempuan serta ditakuti oleh pelajar lain. Implikasi kajian ini terhadap perkembangan dan pertumbuhan personaliti pelajar lelaki dibincangkan.
Keywords :
Lelaki , sekolah menengah , maskulin , buli , komunikasi
Journal title :
Malaysian Journal of University Education
Journal title :
Malaysian Journal of University Education