• Title of article

    Pesakit Kanak-kanak dan Keizinan kepada Rawatan Perubatan Menurut Undang-undang di Malaysia

  • Author/Authors

    Zainudin, Tengku Noor Azira Tengku Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-undang, Malaysia , Ngah, Anisah Che Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-Undang, Malaysia

  • From page
    75
  • To page
    86
  • Abstract
    Artikel ini bertujuan untuk mengkaji adakah golongan pesakit kanak-kanak di negara ini boleh memberi keizinan yang sah menurut undang-undang kepada rawatan perubatan mereka. Adakah terdapat perundangan di Malaysia yang membenarkan pesakit kanak-kanak memberi keizinan mereka sendiri? Isu sama ada pesakit kanak-kanak mempunyai hak menurut undang-undang untuk memberi keizinan kepada rawatan perlu dikaji dan dibincangkan bagi mendapatkan kejelasan dan ketetapan undang-undang yang boleh dijadikan sandaran dalam amalan perubatan dan perundangan. Dalam artikel ini, penulis merujuk kepada undang-undang Malaysia yang relevan dengan isu ini dan seterusnya mengenalpasti sama ada terdapat keperluan kepada satu undang-undang khusus berhubung dengan keizinan oleh pesakit kanak-kanak. Penulis turut merujuk kepada undang-undang Inggeris berhubung dengan isu yang sama
  • Keywords
    pesakit kanak , kanak , keizinan kepada rawatan perubatan , undang , undang Malaysia , undang , undang Inggeris
  • Journal title
    Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
  • Journal title
    Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
  • Record number

    2573917