Title of article :
Hak Pengguna Dan Liabiliti Kontraktual Pengilang Di Malaysia-Bermulanya Satu Fasa Baru
Author/Authors :
Ahmad Yusoff, Sakina Shaik Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-undang, Malaysia , Isa, Suzanna Mohamed Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-undang, Malaysia , Abdul Aziz, Azimon Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Pengurusan - Pusat Perakaunan, Malaysia
From page :
109
To page :
118
Abstract :
Pengilang merupakan salah satu pemain utama dan penggerak ekonomi dalam pasaran global. Keperluan kepada tatacara mengawal perdagangan secara menyeluruh, terutamanya terhadap para pemain pasaran terserlah dengan berkembangnya era globalisasi. Di Malaysia, sebelum tahun 1999, liabiliti sivil pengilang terhadap pengguna hanya berbentuk liabiliti kecuaian berdasarkan prinsip Donoghue v Stevenson. Akur bahawa liabiliti kecuaian diselubungi kesukaran dalam pembuktian, satu jalan keluar paling dinantikan adalah liabiliti kontraktual yang boleh dikenakan ke atas pengilang. Namun halangan utama dalam mengaitkan pengilang di bawah kausa tindakan ini ialah doktrin priviti kontrak yang kukuh bertapak di negara ini hasil keputusan Majlis Privi dalam Kepong Prospecting Ltd Ors v Schmidt. Fasa baru liabiliti kontraktual ini bermula pada tahun 1999 dengan tergubalnya Akta Pelindungan Pengguna 1999. Anjakan paradigma ini membuka ruang kepada pengguna, sama ada pembeli atau bukan pembeli, untuk mengambil tindakan langsung di bawah pembekalan barang terhadap pengilang bagi kegagalan memenuhi beberapa gerenti tersirat seperti yang diperuntukkan dalam Bahagian VII Akta 1999. Artikel ini akan mengupas fasa baru yang diperkenalkan oleh Akta Pelindungan Pengguna 1999 dalam konteks liabiliti kontraktual pengilang terhadap pengguna yang telah dikatakan merupakan titik permulaan pembukaan ruang hak kontraktual pihak ketiga terhadap pengilang dan penepian doktrin priviti kontrak yang kukuh bertapak di Malaysia
Keywords :
Pengguna , pengilang , liabiliti kontraktual , doktrin priviti kontrak , Akta Pelindungan Pengguna 1999
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Record number :
2573920
Link To Document :
بازگشت