• Title of article

    Pengambilan Tanah bagi Pembangunan Ekonomi: Isu dan Penyelesaian

  • Author/Authors

    binti Hamid, Noor ‘Ashikin Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Kampus Gong Badak - Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, Malaysia , binti Harun, Noraida Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Kampus Gong Badak - Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, Malaysia , bin Ismail, Nazli Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Kampus Gong Badak - Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, Malaysia

  • From page
    135
  • To page
    148
  • Abstract
    Perubahan dan kepesatan ekonomi telah menimbulkan banyak peluang-peluang perniagaan yang baru. Kesan dari kepesatan tersebut, banyak tanah-tanah milik individu diambil bagi tujuan pembangunan ekonomi seperti mendirikan kompleks perniagaan, stadium, stesyen janakuasa dan juga lebuhraya. Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah merupakan satu set undang-undang yang digubal khas untuk mengambil balik tanah milik individu bagi pembangunan ekonomi Malaysia. Namun begitu peruntukan Akta yang longgar menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat di mana ianya dikatakan hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak sahaja dan bukannya untuk menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Isu kelemahan sistem pentadbiran, isu pampasan, isu tanah tidak digunakan atau ditarik balik, isu pengambilan tanah adat serta rezab Melayu, dan isu penukaran hak milik secara frod adalah antara punca ketidakpuasan hati rakyat. Artikel ini dibuat bagi menganalisa isu-isu tersebut dan seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai bagi menjamin kepentingan semua pihak yang terlibat
  • Keywords
    pengambilan tanah , pembangunan ekonomi , Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Journal title
    Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
  • Journal title
    Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
  • Record number

    2573921