Title of article :
Kapal dan Pengertiannya: Satu Pengungkaian Mengikut Perspektif Al-Quran (Ship and Its Meaning: An Analysis According to Quranic Perspective)
Author/Authors :
Abdul Rahim, Asmar Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-undang, Malaysia , Mohd Nor, Mahmud Zuhdi Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-undang, Malaysia
From page :
19
To page :
30
Abstract :
Dalam konteks bidangkuasa sivil admiralti, kapal memiliki personalitinya yang tersendiri. Hal ini menjadikan kapal boleh ditahan dan kapal bertanggungan terhadap liabiliti yang timbul tanpa melibatkan kehadiran pemiliknya. Oleh itu status dan maksud kapal sangat penting bagi bidangkuasa admiralti. Memandangkan maksud sebuah kapal bersifat umum, ciri ‘struktur’ dan ‘tujuan navigasi’ dijadikan sandaran utama dalam memutuskan samada sesuatu struktur itu adalah kapal atau sebaliknya dalam bidangkuasa admiralti. Selanjutnya di dalam konteks al-Quran, kapal juga turut mendapat maksud dan tempat yang istimewa. Penemuan dan penyenaraian sejumlah ayat berkaitan kapal telah dikenalpasti dan didapati mempunyai dua ciri sebagaimana yang difahami dalam perihalan admiralti. Hal ini menimbulkan satu persoalan samada dua ciri ini merupakan satu petunjuk dan panduan daripada al-Quran dalam konteks admiralti. Objektif rencana ini adalah menganalisa persoalan yang dikemukakan dengan merujuk kepada ayat-ayat pilihan sebagai sokongan dan pembuktiannya
Keywords :
kapal bidang kuasa sivil , tujuan navigasi , admiralti , al , Quran
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Record number :
2573929
Link To Document :
بازگشت