Title of article :
Penetapan Mazhab Ahli Sunnah Wa al-Jamaah Sebagai Definisi Islam di Malaysia: Hak Penyebaran Agama bagi Kumpulan Agama Minoriti
Author/Authors :
Samuri, Mohd Al Adib Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam, Malaysia , Mohd Awal, Datin Noor Aziah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-undang, Felo Kanan - Institut Islam Hadhari, Malaysia , Erdawati, Salmy Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Syariah, Malaysia , Mohd. Kashim, Izhar Ariff Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Syariah, Malaysia , Jamsari, Ezad Azraai Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam Felo Institut Kajian Rantau Asia Barat - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Malaysia , Ashari, Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Kajian Rantau Asia Barat - Pembantu Penyelidik Siswazah, Malaysia
From page :
31
To page :
42
Abstract :
Peruntukan perundangan Islam di Malaysia telah secara jelas mengangkat mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah sebagai mazhab yang diiktiraf. Peruntukan tersebut telah menimbulkan implikasi terutamanya kepada hak beragama di kalangan kumpulan agama minoriti termasuklah kumpulan yang tidak bermazhab Ahli Sunnah. Persoalannya, sejauhmana jaminan kebebasan beragama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia benar-benar memberikan hak kebebasan beragama kepada kumpulan agama minoriti yang juga Muslim. Artikel ini bertujuan untuk menilai sejauhmana hak penyebaran ajaran agama dan ideologi diberikan kepada kumpulan minoriti agama yang tidak sealiran dengan Ahli Sunnah di Malaysia. Kajian mendapati bahawa kebebasan untuk menganuti dan mengamalkan agama adalah suatu yang mutlak di Malaysia, namun terdapat sekatan yang dibuat oleh Perlembagaan dalam hak penyebaran agama ataupun ajaran kepada orang Islam. Kebebasan beragama kumpulan minoriti agama selain Ahli Sunnah tidak terjejas kerana mereka masih boleh menganut dan mengamalkan kepercayaan mereka. Kajian ini telah dapat menggambarkan konsep sebenar kebebasan beragama di Malaysia yang mempunyai sekatan dan bukannya mutlak, walaupun terhadap kumpulan minoriti agama, termasuk yang beragama Islam dari aliran mazhab yang berbeza. Artikel ini boleh menjadi asas kepada penyelidikan lanjutan terutama mengenai sejauhmana sekatan yang dikenakan kepada kumpulan agama minoriti boleh terlibat dengan aktiviti keganasan atau militan sebagai respon kepada sekatan yang dianggap mendiskriminasi mereka
Keywords :
Kebebasan beragama , kumpulan minoriti muslim , sunni , syiah , kawalan penyebaran agama
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Record number :
2573930
Link To Document :
بازگشت