Title of article :
PERBANDINGAN TENTANG KONSEP KEMISKINAN PENDEKATAN KONVENSIONAL DAN ISLAM
Author/Authors :
Nor, Radieah Mohd Universiti Sains Malaysia - Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Malaysia
Abstract :
Masalah kemiskinan tidak putus-putus walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Penulisan ini cuba mencari punca kepada permasalahan ini dengan kembali kepada dimensi yang paling asas. Dimensi yang dimaksudkan ini ialah konsep kemiskinan itu sendiri. Apakah mungkin permasalahan kemiskinan selama ini tidak dapat diselesaikan kerana konseptualnya tidak tepat? Oleh kerana konsep kemiskinan dari perspektif konvensional telah banyak dibincangkan, artikel ini menumpukan kepada konsep kemiskinan dari perspektif Islam. Ia dibina bermula dengan analisis kritis terhadap konsep kemiskinan konvensional, kemudian menghubungkannya dengan jawapan kenapa selama ini permasalahan ini tidak dapat diselesaikan dengan konsep kemiskinan tersebut. Konsep kemiskinan dari perspektif Islam dan hubungannya dengan keupayaan mengatasi masalah kemiskinan ini kemudian dijadikan fokus perbincangan artikel ini. Ia merumuskan bahawa konseptual memainkan peranan penting dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan. Tepat konseptual maka tepatlah usaha mengatasinya. Kegagalan usaha mengatasi masalah kemiskinan selama ini adalah berpunca daripada ketidaktepatan konsep kemiskinan yang dikemukakan dari perspektif konvensional.
Keywords :
Poverty , concept
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan