• Title of article

    NIAT DAN KEINGINAN DENGAN PENYERTAAN DALAM LATIHAN KEUSAHAWANAN: PERKAITAN ANTARA FAKTOR

  • Author/Authors

    ibrahim, nan zakiah megat universiti utara malaysia - pusat pengajian teknologi multimedia dan komunikasi, Malaysia , mustaffa, che su universiti utara malaysia - pusat pengajian teknologi multimedia dan komunikasi, Malaysia , ahmad, mohd khairie universiti utara malaysia - pusat pengajian teknologi multimedia dan komunikasi, Malaysia

  • From page
    30
  • To page
    39
  • Abstract
    Faktor niat keinginan merupakan faktor yang menyumbang kepada penyertaan dalam latihan. Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa masih kurang kajian yang membuktikan bahawa niat dan keinginan menjadi faktor penyumbang kepada penyertaan, Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara niat dan keinginan dengan penyertaan dalam latihan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada peserta latihan keusahawanan ICT yang dianjurkan oleh pihak MARA di Terengganu. Seramai 373 responden yang terlibat bagi tujuan kajian ini. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara niat dan keinginan dengan penyertaan dalam latihan. Secara keseluruhannya kajian menyumbang kepada bidang komunikasi melalui pembentukan pemboleh ubah yang lebih komprehensif berkaitan dengan penyertaan dalam latihan dan membantu memperkembangkan lagi teori dengan kepelbagaian isu berkaitan.
  • Keywords
    niat dan keinginan , penyertaan , latihan , ICT
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Record number

    2574430