Title of article
Persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam: Satu kajian rintis
Author/Authors
Mahamad, Mokhtar Universiti Sultan Zainal Abidin - Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, Malaysia , Tahir, Izah Mohd Universiti Sultan Zainal Abidin - Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, Malaysia
From page
44
To page
61
Abstract
Kajian rintis ini bertujuan mengkaji persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam. Data dikumpul melalui kaedah soalselidik yang diedarkan secara persampelan rawak kepada pelanggan- pelanggan bukan Islam dan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian rintis yang telah dilakukan di sekitar Kuala Terengganu mendapati kebanyakan pelanggan masih lagi mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai perbankan Islam dengan sumber pengetahuan mereka yang utama adalah akhbar dan televisyen. Sebahagian besar responden tidak yakin perbankan Islam dapat menyaingi perbankan konvensional dan ramai juga responden yang belum menggunakan perbankan Islam turut menyatakan tidak berminat untuk menggunakan perbankan Islam. Kajian rintis ini juga mendapati faktor-faktor penting yang mempengaruhi pelanggan- pelanggan bukan Islam dalam pemilihan bank ialah faedah yang tinggi, tabungan yang selamat, perkhidmatan yang cepat dan efisyen, transakasi yang cepat, dan kualiti perkhidmatan. Produk perbankan Islam yang mendapat sambutan pelanggan bukan Islam ialah akaun simpanan, pelaburan dalam saham dan kad kredit.
Keywords
Perbankan Islam , Pelanggan bukan Islam , pengetahuan , produk , faktor pemilihan
Journal title
Jurnal Kemanusiaan
Journal title
Jurnal Kemanusiaan
Record number
2574786
Link To Document