Title of article :
Motivasi latihan sebagai pembolehubah penghubung antara program latihan dan keberkesanan latihan
Author/Authors :
Ismail, Azman Universiti Malaysia Sarawak - Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Malaysia , Ibrahim, Nurul Inani Universiti Malaysia Sarawak - Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Malaysia
From page :
83
To page :
98
Abstract :
Literatur pengrekaan dan pengurusan latihan mengenengahkan bahawa program latihan mempunyai dua elemen utama: latihan berkaitan dengan tugas dan penyediaan rangka latihan. Sekiranya kedua-dua elemen latihan ini dilaksanakan secara teratur, ia dapat meningkatkan keberkesanan latihan. Yang lebih penting, kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendedahkan bahawa kesan program latihan ke atas keberkesanan latihan dipengaruhi secara tak langsung oleh motivasi latihan. Sifat perhubungan ini kurang diberi penekanan dalam model-model program latihan sedia ada. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji kesan program latihan dan motivasi latihan ke atas keberkesanan latihan. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk mengumpul 150 borang soalselidik yang diisi dengan lengkap daripada pekerja yang berkhidmat di sebuah agensi kerajaan negeri Sarawak. Keputusan analisis regresi “stepwise” menunjukkan bahawa perhubungan antara program latihan dan motivasi latihan mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan latihan. Dapatan ini mengesahkan bahawa motivasi latihan bertindak sebagai pembolehubah mencelah yang berkesan dalam model program latihan di organisasi kajian. Justeru itu, implikasi kajian ini terhadap teori dan amalan latihan, batasan kerangka konseptual dan metodologi, serta cadangan kajian akan datang turut diberi perhatian dalam kajian ini.
Keywords :
Program Latihan , Motivasi Latihan dan Keberkesanan Latihan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Record number :
2574788
Link To Document :
بازگشت