Title of article :
Potensi Eksport Firma Usahawan Bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Sektor Pembuatan
Author/Authors :
SULAIMAN, NOORASIAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Perniagaan , MOHD SAUKANI, MOHD NASIR Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
From page :
183
To page :
204
Abstract :
Keupayaan mengeksport adalah indikator kepada penglibatan firma dalam menyertai era globalisasi. Peratus keluaran yang berjaya di eksport oleh sesebuah firma menjadi penentu kepada tahap penglibatan firma dalam merebut peluang globalisasi. Walau bagaimanapun eksport bukan mudah dilakukan, khususnya dalam kalangan firma Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang kurang mampu untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Artikel ini bertujuan menyelidik sejauh mana firma PKS sektor pembuatan Bumiputera mempunyai perancangan untuk mengeksport. Seterusnya regresi logistik bertujuan menganalisis hubungan pemboleh ubah bersandar eksport dengan ciri-ciri yang menyumbang kepada penglibatan eksport. Hasil kajian regresi logistik menunjukkan pemboleh ubah penerang bagi usia firma, pengalaman, jumlah pekerja dan nilai pengeluaran firma penting terhadap kecenderungan pengusaha untuk mengeksport. Jenis industri pula mendapati kategori bagi keluaran logam asas, logam direka, besi dan keluli mencatatkan kebarangkalian terhadap eksport lebih tinggi berbanding industri lain.
Keywords :
Kebarangkalian eksport , keupayaan usahawan Bumiputra , Sektor pembuatan dan PKS.
Journal title :
International Journal of Management Studies
Journal title :
International Journal of Management Studies
Record number :
2582268
Link To Document :
بازگشت