• Title of article

    Kepentingan Stesen Kerja Ergonomik Terhadap Kesihatan Pekerjaan: Kajian ke atas Organisasi Multinasional di Malaysia

  • Author/Authors

    MAKHBUL, ZAFIR MOHAMED Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Perniagaan , IDRUS, DURRISHAH Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia , RANI, MAT REBl ABDUL Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Kejuruteraan MekanikaI

  • Pages
    22
  • From page
    205
  • To page
    226
  • Abstract
    Masalah kesihatan pekerjaan dalam organisasi merupakan isu utama yang perlu dilihat dari sudut ekonomi. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa persekitaran stesen kerja yang tidak ergonomik merupakan antara penyebab utama kepada masalah kesihatan pekerjaan. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan mengkaji perhubungan di antara faktor stesen kerja ergonomik dan kesihatan pekerjaan. Sampel seramai lima ratus operator pengeluaran telah dipilih daripada sebelas organisasi perkilangan elektronik yang berdaftar dengan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran. Kaedah soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ini. Penemuan utama menunjukkan reka bentuk stesen kerja ergonomik merupakan strategi penting dalam meminimumkan masalah kesihatan pekerjaan dalam organisasi. Analisis regresi linear berbilang menunjukkan kedudukan tubuh badan, reka bentuk ruang kerja, pengudaraan, kerja syif dan tempoh masa bekerja signifikan dengan masalah kesihatan pekerjaan. Analisis Korelasi Pearson mengukuhkan kenyataan ini dengan menunjukkan kesemua faktor stesen kerja ergonomik tersebut mempunyai kekuatan hubungan yang lebih ketara dengan kesihatan pekerjaan
  • Keywords
    Manufacturing Operator , Multinational Organization , Occupational Health , Workstation , Ergonoinics
  • Journal title
    International Journal of Management Studies
  • Serial Year
    2008
  • Journal title
    International Journal of Management Studies
  • Record number

    2582269