Title of article :
Argumen Kesetaraan Gender - Perspektif Al-Quran: Satu Ulasan
Author/Authors :
LUBIS, MUHAMMAD BUKHARI Universiti Pendidikan Sultan Idris - Fakulti Bahasa - Jabatan Kesusasteraan Melayu, Malaysia
Abstract :
Rencana ulasan ini menawarkan perbincangan asas tentang soal gender dan seksualiti menurut perspektif Islam berasaskan buku yang bertajuk Argumen Kesetaraan Gender - Perspektif al-Quran, karya Nasaruddin Umar. Penulis mengemukakan dua perkara pokok yang menjadi asas dalam perbincangan al-Quran tentang soal perhubungan antara lelaki dan perempuan, iaitu “perbezaan” (distinction), dan “pembezaan” (discrimination). Ternyata bahawa perakuan Islam terhadap soal “perbezaan” antara kedua-dua jantina tidak sama sekali mewajarkan “pembezaan” yang sendeng memperakukan dominasi satu jantina terhadap jantina yang lain. Sebaliknya, “perbezaan” yang diperakukan itu menjadi landasan kepada termetrinya ikatan kasih sayang (mawaddah wa rahmah) antara kedua-dua jantina yang saling memahami peranan serta sumbangan masing-masing
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)