Title of article :
Wajah Terbuka dan Hidup Tertutup: Gender dan Seksualiti dalam Karya Sastera Melayu Riau Pinggir Abad ke 19
Author/Authors :
DING, CHOO MING Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Alam Tamadun Melayu - Felo Penyelidik Kanan, Malaysia
Abstract :
Himpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan adalah panduan tentang magik berahi. Ia ditujukan khas kepada kaum wanita, walaupun sasarannya adalah lelaki dan wanita seperti yang dinyatakan dalam judulnya. Teks ini ditulis Khatijah Terung, yang dipercayai telah lahir di Pulau Penyengat pada 1885. Walaupun asal usulnya tidak diketahui, tetapi beliau berkemungkinan besar adalah orang biasa. Beliau berkahwin dengan Raja Haji Abdullah bin Raja Hassan, sebagai isterinya yang keempat, bermula daripada kekaguman Raja Haji Abdullah tentang reputasi Khatijah Terung sebagai bomoh yang mahir yang pernah menjadi orang gaji di rumah isteri Raja Haji Abdullah yang ketiga, Cik Yam. Khatijah Terung tidak menceritakan bagaimana beliau mempelajari ilmunya, selain mengakui pernah mendapatnya daripada Wan Mah. Namun demikian, karya beliau meninggalkan kesan keindividualannya. Beliau memuja nilai kebahagiaan suami isteri kepada wanita. Sebanyak 4/5 teks ini menceritakan cara-cara untuk meningkatkan hubungan kelamin dalam perkahwinan
Keywords :
Kelab Rusydiah , Khatijah Terung , Raja Aisyah Sulaiman , Raja Haji Abdullah bin Raja Hassan , Pulau Penyengat
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)