Title of article :
Bentuk-Bentuk Hubungan Muslim-Non Muslim Selepas Pemelukan Agama: Kajian Kes Dalam Kalangan Mualaf Cina Terengganu
Author/Authors :
Awang, Azarudin Bin Universiti Teknologi MARA(UiTM) - Academy Comtemporary of Islamic Study, Malaysia , Awang, Azarudin Bin university of malaya - Akademi Pengajian Islam - Jabatan Akidah Pemikiran Islam, Malaysia , Khambali, Khadijah Mohd university of malaya - Akademi Pengajian Islam - Jabatan Akidah Pemikiran Islam, Malaysia
Abstract :
Perbezaan anutan agama dikenal pasti oleh ramai sarjana sebagai salah satu faktor penghalang kepada proses pemupukan integrasi dalam kalangan komuniti Saudara Muslim. Dimensi hubungan komuniti bukan Muslim dengan ahli keluarga yang Muslim membentuk citra yang sebenarnya tentang agama Islam dan masyarakat Muslim yang selanjutnya melahirkan beberapa bentuk hubungan iaitu hubungan yang bersifat saling menyokong, neutral, tegang dan akamodasi. Perihal yang sama berlaku dalam konteks hubungan Saudara Muslim Cina dan bukan Muslim di negeri Terengganu. Hubungan tegang merupakan bentuk yang paling banyak ditemui dalam proses pembinaan semula hubungan dalam komuniti Saudara Muslim Cina dengan keluarga bukan Muslim. Objektif kajian ini ialah melihatkan bentuk-bentuk hubungan yang berlaku dalam komuniti Saudara Muslim Cina dengan komuniti asal yang bukan Muslim di negeri Terengganu. Kajian kes ini dilakukan dengan menggunakan metodologi kualitatif iaitu dengan temu bual ke atas 20 orang Saudara Muslim Cina yang memeluk agama Islam di negeri Terengganu. Kajian ini penting dilakukan bagi melihat dan seterusnya merungkai permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan Saudara Muslim yang menghadapi masalah kehidupan dengan keluarga asal. Melalui pendekatan dialog antara agama diharapkan komuniti Cina di negeri Terengganu dapat hidup secara harmoni yang mana ianya akan menjadi cerminan dan terjemahan pada generasi dan masyarakat pada dekad-dekad yang mendatang.
Keywords :
Bentuk , Bentuk Hubungan , Pemelukan Agama , Konflik , Saudara Muslim , bukan Muslim.
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan