Title of article :
Penggunaan Penggugusan Subtraktif bagi Menjana Peraturan Kabur
Author/Authors :
Priyono, Agus UKM - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Malaysia , Jais Alias, Ahmad UKM - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Malaysia , Mohd. Ali, Mohd. Alauddin UKM - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Malaysia , Ridwan, Mohamad UKM - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan, Malaysia , Hassan, Azmi UKM - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan, Malaysia , O. K. Rahmat, Riza Atiq UKM - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Malaysia
From page :
47
To page :
58
Abstract :
Sebelum ini banyak kaedah bagi menghasilkan peraturan lojik kabur telah dikaji. Lojik kabur dikenal kerana ia mampu menawarkan cara yang sederhana bagi mentakrifkan penyelesaian maklumat input yang samar- samar, kabur, bising, tidak tepat atau hilang. Model lojik kabur merupakan model berasaskan empirik, bergantung kepada pengalaman operator berbanding kefahaman mereka terhadap sistem. Disebabkan oleh operasi berasaskan peraturan, lojik kabur mempunyai kemampuan untuk memproses sebanyak mungkin maklumat input yang munasabah serta ia mampu untuk menjana apa sahaja output yang dikehendaki. Namun pentakrifan pangkalan peraturan akan cepat menjadi rumit sekiranya terlalu banyak input serta output yang dipilih. Bergantung kepada sistem, penilaian setiap kemungkinan penggabungan input mungkin tidak diperlukan sekiranya ia jarang-jarang atau sama sekali tidak boleh berlaku. Dengan menggunakan algoritma penggugusan kabur, fungsi keahlian dapat dikira berdasarkan kepada dua kemungkinan kaedah penggugusan. Pertama, gugusan diunjurkan secara ortogonal ke dalam axis pemalar antiseden, dan fungsi-fungsi keahlian disesuaikan dengan unjuran tersebut. Kaedah yang kedua pula menggunakan fungsi keahlian antiseden multi dimensi, sepertimana gugusan kabur ianya diunjurkan ke dalam ruang input. Idea asas dalam penulisan kertas kerja ini ialah untuk mempelajari dan menjanakan peraturan optimum yang diperlukan bagi mengawal input tanpa mengurangkan mutu kawalan. Kertas kerja ini mencadangkan penggunaan penggugusan subtraktif bagi menjana peraturan- peraturan lojik kabur pada sistem lojik kabur Takagi-Sugeno-Kang (TSK). Lojik kabur yang dicadangkan merupakan kaedah kepintaran buatan yang digunapakai pada sistem kawalan lalu lintas bandar teragih pintar. Kaedah ini digabungkan dengan jaringan neural dan algoritma genetik bagi menentukan pemasaan isyarat dan ofset pada kawalan persimpangan rangkaian di Bandar Baru Bangi. Dari kajian didapati bahawa system mampu menghasilkan 8 pusat gugusan pada 30 (3 x 10) nilai data pada jejari gugusan 0.3 dan ia juga menghasilkan 4 pusat gugusan pada jejari 0.5 dengan purata MSE 0.005
Keywords :
Lojik kabur jenis TSK , kaedah penggugusan subtraktif , algoritma genetik , sistem kawalan lalu lintas bandar
Record number :
2588209
Link To Document :
بازگشت