Title of article :
Korelasi antara Persekitaran Pembelajaran Matematik, Sikap Pelajar Terhadap Matematik, dan Pencapaian Pelajar dalam Matematik: Satu Kajian Kes
Author/Authors :
HAMED, SALINA Universiti Tekuologi MARA - Jabatan Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, MALAYSIA , BAHARI, PERIDAH Universiti Tekuologi MARA PulauPinang - Jabatan Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, MALAYSIA , ABDULLAH, ABDUL GHANI KANESAN Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, MALAYSIA
Abstract :
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti korelasi antara persekitaran pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian pelajar dalam matematik di 12 buah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kaedah soal selidik digunakan dalam prosespengumpulan data ten tang persekitaran pembelajaran matematik dan sikap pelajar terhadap matematik, yang melibatkan sebanyak 1,301 orang pelajar Tingkatan Empat. Data daripada proses soal selidik diana lis is dengan menggunakan teknik analisis statistik deskriptif, ujian t, korelasi Pearson, analisis varians sehala (ANOVA-sehala), dan regresi berganda. Dapatan anal isis korelasi Pearson mendapati bahawa wujudnya korelasi yang signifikan antara persekitaran pembelajaran matematik dengan sikap pelajar terhadap matematik. Analisis teknik regresi berganda menunjukkan bahawa terdapat tiga peramal persekitaran pembelajaran matematik yang signifikan bagi sikap pelajar terhadap matematik, iaitu penglibatan pelajar, organisasi kelas, dan orientasi tugasan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa wujud korelasi yang signifikan antara sikap pelajar terhadap matematikdengan pencapaian pelajar dalam matematik.
Keywords :
Persekitaran pembelajaran matematik , sikap pelajar terhadap matematik , sokongan guru , orientasi tugasan
Journal title :
Esteem Academic Journal
Journal title :
Esteem Academic Journal