Title of article :
Kajian ke atas Keberkesanan Kursus CAD/CAM Terhadap Kecekapan Jurutera Pembuatan dan Jurutera Mekanikal bagi Graduan-graduan Universiti Awam
Author/Authors :
YAHAYA, MOHAMAD IRWAN UniversitiTeknologi MARA - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, MALAYSIA , JAAFAR, ROSLEY Universiti Teknologi MARA - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, MALAYSIA , ISMAIL, NOOR ISWADI Universiti Teknologi MARA - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, MALAYSIA
Abstract :
Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengkaji ten tang keberkesanan kursus Sistem Rekabentuk dan Pembuatan Terbantu Komputer (CAD/CAM) terhadap kecekapan jurutera pembuatan dan jurutera mekanikal bagi graduan-graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kemudahan teknologi CAD/CAM dapat membantu industri reka hentuk dan pengeluaran dalam menghasilkanproduk dengan lehih cepat dan berkesan. Struktur kurikulum dan sukatan pelajaran bagi kursus CAD/CAM telah dirangka oleh universiti supaya wujud keseimbangan antara bidang teoretikal dan praktikal, serta relevan dengan kehendak industri. Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengkaji kaitan antara faktor demografi, pengalaman, dan pendidikan di universiti dengan keberkesanan kursus CAD/CAM terhadap kecekapan graduan yang bekerja dalam industri pembuatan. Penyelidikan ini terbahagi kepada em pat bahagian, iaitu reka bentuk penyelidikan, pengumpulan data, analisis data, dan hipotesis dengan menggunakan perisian Analisis Data Berkomputer (Statistical Packagefor the Social Sciences [SPSS}). Terdapat hubungan yang signifikan antara item-item yang dikenal pasti dalam Bahagian B (pengalaman dan pendidikan berkaitan dengan CAD/CAM) dan Bahagian C (keberkesanan kursus CAD/ CAM terhadap kecekapan bekerja dengan mengambil kirafaktor latar belakang responden). Basil penyelidikan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak yang berkenaan dalam proses meningkatkan keberkesanan sukatan kurikulwn kursus CAD/CAM di IPTA supaya dapat memenuhi kehendak dan spesifikasi industri terutama dalam bidang kejuruteraan pembuatan.
Keywords :
CAD , CAM , kecekapan , keberkesanan , kurikulum , jurutera
Journal title :
Esteem Academic Journal
Journal title :
Esteem Academic Journal