Title of article :
SEJARAH PENYEBARAN ISLAM DI ALAM MELAYU BERASASKAN SUMBER-SUMBER SEJARAH MELAYU ISLAM KURUN KE-18 HINGGA KE-19
Author/Authors :
Denisova, Tatiana university of malaya - Akademi Pengajian Islam - Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Malaysia
From page :
85
To page :
98
Abstract :
Karya-karya sejarah negeri Johor dikarang pada kurun ke 18-19 dalam bahasa Melayu Jawi merupakan sumber-sumber sejarah yang amat penting supaya memahami sejarah perkembangan Islam di alam Melayu. Historiografi Johor mengambarkan darjah yang baru dalam pemahaman Islam di pemandangan awam masyarakat Melayu. Historiografi Johor meliputi tiga arah tulisan-tulisan sejarah: tradisi Melayu Johor (Peringatan Sejarah Negri Johor), tradisi Siak-Minangkabau Johor (Hikayat Siak), tradisi Bugis Johor (Tuhfat al-Nafis). Maklumat mengenai sejarah penyebaran Islam di alam Melayu dirakamkan di dalam semua teks-teks sejarah. Dalam makalah tersebut kita menumpukan perhatian kepada 3 aspek sahaja: 1. Cerita tentang pengislaman Raja; 2. Mitos asal usul raja yang berkaitan dengan tradisi Islam; 3. Cerita tentang kegiatan para syed dan para ulama di Johor. Karya-karya sejarah Johor membuktikan bahawa sejarah pengislaman dan penyebaran Islam merupakan hujah yang terpenting dalam konsep legitimacy seorang sultan dan dinasti beliau.
Keywords :
Islamization di alam Melayu , Historiografi Johor , teks , teks Melayu lama , kajian sumber , sumber sejarah Islam
Journal title :
jurnal al-tamaddun
Journal title :
jurnal al-tamaddun
Record number :
2599293
Link To Document :
بازگشت