Title of article :
Penyatuan Mata Wang Sebagai Strategi Peningkatan Kuasa Ekonomi Negara Islam
Author/Authors :
Ahmad, Sanep Universiti Kebangsaan Malaysia - Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Malaysia , Triono, Dwi Condro Institut Agama Islam Negeri (IAIN) - School of Economics and Islamic Business, Institute of HANFARA, Indonesia
From page :
1
To page :
18
Abstract :
Mata wang dinar emas dicadangkan digunakan semula di kalangan negara Islam untuk memartabatkan kembali mata wang Islam. Di samping itu ia juga bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada mata wang asing khususnya Ringgit Amerika di kalangan negara Islam supaya dengannya akan dapat mempertingkatkan kuasa ekonomi negara Islam. Persoalannya ialah bolehkah ia dilakukan secara serentak di seluruh negara Islam terlibat? Penggunaan semula dinar emas memerlukan transformasi monetari tetapi bagaimana transformasi monetari tersebut boleh dilakukan agar ia dapat memberi kesan terbaik kepada semua negara Islam terlibat? Kajian ini bertujuan meneliti kesesuaian penyatuan mata wang di kalangan negara Islam Asia Barat sebagai strategi ke arah kerjasama ekonomi di kalangan negara Islam bagi tujuan meningkatkan kuasa ekonomi negara Islam. Kajian mengguna data negara Islam Asia Barat terpilih untuk 30 tahun dan dianalisis berdasarkan teori OCA menggunakan model SVAR. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyatuan mata wang tidak dapat dilakukan secara serentak di kalangan negara Islam Asia Barat. Penyatuan mata wang hanya dapat dilakukan secara berperingkat bersesuaian mengikut zon. Kajian merumuskan bahawa penyatuan mata wang di kalangan negara Islam Asia Barat didapati tidak sesuai dijadikan sebagai satu strategi bagi tujuan meningkatkan kuasa ekonomi negara Islam sedunia. Penyatuan mata wang di kalangan negara Islam perlu dilakukan secara berperingkat bermula dengan beberapa zon kecil bagi memperoleh kesan yang terbaik.
Keywords :
Penyatuan mata wang , kesatuan ekonomi umat Islam , dinar emas , kawasan mata wang optimum
Journal title :
International Journal Of West Asian Studies
Journal title :
International Journal Of West Asian Studies
Record number :
2604543
Link To Document :
بازگشت