Title of article :
Perjuangan Rashid Rida dalam Gagasan Pan-Islamisme
Author/Authors :
Siti Nurul Izza, Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Malaysia , Ermy, Azziaty Rozali Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Kajian Rantau Asia Barat, Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Malaysia
From page :
27
To page :
40
Abstract :
Rashid Rida merupakan seorang reformis Islam yang terkenal pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Perjuangan beliau dalam gagasan Pan-Islamisme dan institusi khilafah ternyata membuktikan usahanya dalam mempertahankan dan membebaskan diri daripada penjajahan Barat. Artikel ini menghuraikan secara umum perjuangan Rashid Rida dalam usaha menentang penjajahan Barat. Di samping itu, ia juga membincangkan mengenai `sejarah penubuhan gagasan Pan-Islamisme dan institusi khilafah. Kajian untuk artikel ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen analisa kandungan, ulasan literatur dan kajian sejarah. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketokohan Rashid Rida terbukti dengan penghasilan karya beliau yang bertajuk Tafsir al-Manar yang berlandaskan al-Quran. Karya tersebut telah memberikan impak yang besar kepada perkembangan intelektual dalam kalangan ulama tempatan, khususnya Kaum Muda. Kepentingan kajian ini adalah amat relevan kerana ketokohan dan pengaruh pemikiran beliau tersebar luas ke seluruh dunia Islam serta meninggalkan kesan yang besar dalam pelbagai bidang, khususnya bidang politik.
Keywords :
Rashid Rida , Abdul Hamid II , Pan , Islamisme , Institusi Khilafah , dawlah Uthmaniyah
Journal title :
International Journal Of West Asian Studies
Journal title :
International Journal Of West Asian Studies
Record number :
2604561
Link To Document :
بازگشت