Author/Authors :
Azyati, Azhani Mohd Mazuki Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Malaysia , Wan Kamal, Mujani Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Malaysia , Azmi, Aziz Universiti Kebangsaan Malaysia - Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Malaysia , Ermy, Azziaty Rozali Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Malaysia
Abstract :
Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama yang diwujudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu peraturan atau sistem perundangan untuk mentadbir Madinah. Baginda telah menggunakan pendekatan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan bagi membentuk perlembagaan tersebut yang dikira dapat membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu walaupun dianggotai masyarakat yang berbeza agama dan budaya. Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai pendekatan Wasatiyyah yang wujud dalam pembentukan perlembagaan tersebut. Metodologi kajian ini adalah menggunakan analisis dokumen dan kajian sejarah bagi mendapatkan data yang lengkap. Hasil kajian menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menggunakan pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan dalam membina Piagam Madinah bagi memberi hak dan keadilan yang sewajarnya kepada penduduk yang menganggotai Madinah.
Keywords :
Piagam Madinah , Wasatiyyah , Kesederhanaan , Nabi Muhammad , Islam