Title of article
Pelancongan-budaya: konsep dan profil di Malaysia
Author/Authors
Din, Mohamed Anwar Omar no Affiliation
Pages
16
From page
1
To page
16
Abstract
Konsep pelancongan-budaya amat kompleks kerana apa saja perkara buatan manusia (man-made subjects) boleh dianggap aspek pelancongan-budaya. Malah McKercher dan Cros (2002: 5) yang melakukan kajian secara khusus dalam bidang ini sekalipun (dan tulisan mereka menggunakan tajuk Cultural Tourism) memberi kenyataan berikut: Pelancongan-budaya didefinisikan oleh penglibatan dalam sebarang aktiviti atau pengalaman yang hampir tidak terbatas. Sesungguhnya menjadi kebiasaan untuk mengelakkan daripada memberi definisi tentang pelancongan-budaya, sebaliknya sering dinyatakan “pelancongan-budaya meliputi lawatan ke ....” Dapat disimpulkan bahawa sekiranya seseorang melawat salah sebuah tempat daya tarikan maka orang itu adalah seorang pelancong budaya; oleh itu, aktiviti yang dilakukan di situ adalah aktiviti pelancongan-budaya.
Keywords
Pelancongan-budaya , konsep dan , di Malaysia
Journal title
Jurnal Melayu
Serial Year
2008
Journal title
Jurnal Melayu
Record number
2625091
Link To Document