Title of article
PUISI PERJALANAN - PENGALAMAN PENYAIR MALAYSIA DI RUSIA
Author/Authors
ISMAIL, SITI ZAINON Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Malaysia
Pages
22
From page
1
To page
22
Abstract
Sejak dari dulu penyair berkarya oleh aneka pengalaman kehidupan. Jiwa dan minda menyatu diolah lewat kepekaan berhadapan langsung dengan peristiwa serta latar sejarah budaya. Keghairahan berkarya pula makin digoda uji setiap kali melakukan perjalanan atau kembara. Pengalaman perjalanan inilah yang begitu terasa dalam jiwa dan minda beberapa orang penyair mapan Malaysia khususnya ketika berpeluang mengunjungi Negara Rusia. Penyair Malaysia pertama tiba di Rusia ialah Sasterawan Negara Usman Awang (1972) diikuti oleh Firdaus Abdullah (1979, 1996), Jihaty Abadi (1988), Kemala (1989), Muhamad Haji Salleh, Ahmad Razali Yusof, Rahman Shaari (1996).Kertas kerja ini membataskan kajian terhadap penyair mapan yang telah diakui sebagai penyair yang kerap melakukan perjalanan sama ada oleh undangan rasmi, belajar di luar negeri ataupun oleh kesenangan mengembara. Sejauh manakah perjalanan singkat ke Rusia telah menyerapkan makna sosio-budaya itu di jiwa dan minda penyair? Pengetahuan sejarah sosio-politik Rusia di dekati secara alami oleh penyair Malaysia baru terjadi pada tahun 1972. Usman tiba kala musim dingin, dengan`tubuh yang malu’ diganggu rasa mahalnya sebuah senyuman. Keterharuan Kemala menyatukan rindu Nusantara, kala dia mengunjungi pusara Utuy Tatang Sontani. Ada `lagu batin pedih kasih’ di jiwa Kemala, serta hormat kagum Muhammad Haji Salleh terhadap `negara besar kerana mengenal diri’. Sorotan pengalaman ilmu dan sejarah begitu tersimpul dalam sukma penyair Malaysia, sehingga terjalin persahabatan kasih budaya.
Keywords
PUISI PERJALANAN , PENGALAMAN PENYAIR , MALAYSIA DI RUSIA
Journal title
Jurnal Melayu
Serial Year
2008
Journal title
Jurnal Melayu
Record number
2625095
Link To Document