Title of article :
Inventori Badan-Badan Kebudayaan dan Kesenian di Malaysia
Author/Authors :
HASHIM, ROOSFA no Affiliation
Abstract :
Makalah ini adalah hasil penyelidikan peringkat awal untuk membina pengkalandata badan-badan kebudayaan/kesenian dengan mengadakan inventori mengenai badan-badan kebudayaan/kesenian di Malaysia. Penyelidikan ini ditaja oleh Kementerian Penyiaran, Komuniti dan Kebudayaan (KPKK, dulunya KeKKWa) di bawah projek Culture 360: Asian Mapping Exercise Cultural Resource Mapping for Malaysia. Tujuan akhir projek ini adalah untuk menyediakan pengkalan-data mengenai badan-badan kebudayaan/kesenian supaya dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak. Makalah ini memberi tumpuan terhadap usaha mengesan dan mendokumentasikan badan-badan kebudayaan/ kesenian di Malaysia. Maklumat dalam makalah ini adalah hasil kajian rapi selama tujuh bulan, dari Disember 2004–Jun 2005, melalui talian internet. Hasil kajian ini ialah dapat menghimpunkan sebahagian daripada badan-badan kebudayaan/ kesenian utama ke dalam suatu perumah yang akan ditetapkan oleh Kementerian berkenaan.
Keywords :
badan kebudayaan , kesenian , inventori , pemetaan budaya , internet dan bahasa
Journal title :
Jurnal Melayu
Journal title :
Jurnal Melayu