Abstract :
Artikel ini berusaha menafsir dan memeriksa konsep negara Islam yang dianjurkan oleh parti UMNO dan PAS yang panas dibincang dan hangat didebat tanpa kesudahan mutakhir ini. Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam bulan September 2001 mengumumkan Malaysia adalah negara Islam menolak kefahaman dan pegangan parti PAS yang meneliti sebaliknya. Pengumuman ini memang menimbulkan konfusi dan kontroversi di kalangan Muslim dan bukan Muslim hinggalah membawa kepada wujudnya beberapa golongan sama ada a. bersetuju (ahli-ahli UMNO), b. menolak (ahliahli PAS) dan c. tidak pasti kedudukan sebenamya (kelompok besar masyarakat awam). Timbulnya perspektijini kerana kekeliruan dan kekaburan kefahaman yang menyentuh konsep dan idea negara Islam itu sendiri, sama ada dengan merujuk kepada definisi tepatnya, kriteria dan ciri, doktrin asas, kedudukan syariah (undang-undang Islam) dan konstituisi (perlembagaan) Malaysia sendiripun. Bahkan terdapat sarjana yang menyatakan bahawa penamaan negara Islam adalah sesuatu yang baru, tidak ada dalam sejarah awal Islam. Di sebalik itu, pada November tahun 1993, Kod Jenayah Syariah Kelantan (II) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan (Undang-undang Hudud) tetapi ditolak oleh Kerajaan Pusat pelaksanaannya atas alasan ianya Undang-undang Hudud PAS, bukan Undang-undang Hudud Islam, makin mengeruhkan hubungan kedua-duanya. Beberapa aspek kekeliruan ini akan cuba diwacanakan dan pada peringkat awalnya, mengemukakan perbahasan terminologi negara Islam dan pengkategorian hubungan agama adan negara dalam politik semasa dan Islam, sebagai langkah awal memahami persoalan ini