Title of article :
Hubungan Volga Bulgaria dengan Baghdad
Author/Authors :
HALIM, HARLIANA Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - Fakulti Sains, Sastera dan Warisan - Jabatan Pengajian Islam dan Sains Sosial, Malaysia , YUSOFF, KAMARUZAMAN Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Malaysia
Abstract :
Kajian ini membincangkan usaha-nsaha yang dijalankan oleh pihak Volga Bulgaria dalam pembinaan hubungan lebih serius dengan pihak Baghdad di bawah pemerintahan Khilafah Abbasiah. Objektif kajian ini adalah untuk melihat usaha-usaha yang dijalankan untuk merealisasikan penubuhan negara Islam Volga Bulgaria secara rasmi. Penulisan kajian inijuga menganalisis usaha yang dilakukan oleh Ibn Fadlan bersama delegasi Baghdad ke Volga Bulgaria pada 309/922 yang akhirnya membawa kepada penerimaan Islam secara rasmi oleh pemerintah dan rakyat Volga Bidgaria serta pengisytiharan negara Islam Volga Bulgaria melalui pengiktirafan yang diperolehi dari Baghdad. Metode kajian ini mengambil pendekatan sejarah yang melibatkan penyusunan sistematik dan penilaian data-data lampau daripada catatan lama seperti Ibn Fadlan. Pengumpulan data kajian menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan manakala penganalisaan data menggunakan kaedah analisis teks dan dokumen, perbandingan serta kaedah induksi dan deduksi. Hasil kajian mendapati bahawa hubungan Volga Bulgaria dengan Baghdad telah memberi impak yang positif dalam pembangunan sebuah negara Islam Volga Bulgaria dan menjadi momentum untuk mencapai puncak kegemilangannya dalam sejarah Islam diAsia Tengah. Bagaimanapun, kegemilangan itu tidakdapat dikekalkan ekoran dari beberapa siri serangan Mongol seawal 1230 Masihi membawa kepada kejatuhan Volga Bulgaria pada 1236 ke tangan kuasa Mongol
Keywords :
Volga Bulgaria , Baghdad , agama , hubungan
Journal title :
Islamiyyat
Journal title :
Islamiyyat