• Title of article

    Reaksi Intelektual Muslim Surabaya Terhadap Gerakan Kristian Ortodoks Syria di Indonesia

  • Author/Authors

    Awang, Jaffary Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Malaysia , Abdullah, Idris Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Malaysia

  • From page
    29
  • To page
    36
  • Abstract
    Gerakan Ortodok Syria di Indonesia merupakan satu fenomena gerakan Kristianisasi. Pendekatannyayang mirip kepada gerakan misionari terkini dilihat sebagai satu cabaran terhadap umat Islam Indonesia. Gerakan ini digerakkan melalui institusi yang kelihatan terancang iaitu Institute for Syriac Christian Studies yang terletak di Surabaya, Indonesia. Sifat dinamik intelektual Muslim Indonesia bertindak mengemukakan respon terhadap gerakan Kristian Ortodok Syria melalui penulisan dan wacana. Artikel ini akan membincangkan pendekatan, isu persoalan yang dikemukakan oleh intelektual Muslim, implikasi terhadap hubungan antara Muslim dan Kristian dalam konteks Indonesia. Dalam menganalisis fenomena ini, artikel ini menggunakan pendekatan analisis kandungan yang berasaskan kepada penulisan intelektual Muslim Indonesia melalui buku, akhbar dan majalah. Artikel ini merumuskan cabaran Kristianisasi di Indonesia menuntut kalangan intelektual Muslim mempersiapkan dengan pengetahuan berkaitan Kristian Ortodok Syria dan pemikiran yang baik dalam mendepani gerakan Kristian Ortodok Syria
  • Keywords
    Intelektual Muslim , Kristian Ortodok , Kristianisasi
  • Journal title
    Islamiyyat
  • Journal title
    Islamiyyat
  • Record number

    2639817