Title of article :
Kedudukan Pemikiran al-Ashcari dan al-Maturidi dalam Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah
Author/Authors :
Stapa, Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Malaysia
From page :
37
To page :
52
Abstract :
Kebelakangan ini terdapat gerakan terancang untuk menafikan kedudukan al-Ashcari dan al-Maturidi dalam keseluruhan kerangka mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Hal ini terjadi berpunca daripadapemikiran akidah kedua-dua tokoh besar iniyang dilihat sebagai terlibat dengan penggunaan akal, dan kerana itu mereka dikatakan tergolong ke dalam golongan Mutakallimun yang dikategorikan oleh gerakan ini sebagai terkeluar daripada mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Sekalipun dalam sejarah pemikiran Islam sudah amat kukuh dan jelas kedudukan kedua-dua tokoh besar ini sebagai tokoh utamaAhli Sunnah Waljamaah, namun gugatanpihakyang berhasrat menafikan kedudukan kedua- dua tokoh tersebut berjalan lancar dengan penerbitan buku-buku yang memuatkan tuduhan-tuduhan liar terhadap kedua-dua mereka yang dilabelkan sebagai Ahli Bidah, Ahl al-Ahwa yang sama taraf dengan golongan al-Jahmiyyah, al-Muctazilah, al-Murjicah, Syiah, al-Karamiyyah, al-Mushabbihah dan lain-lain golongan yang menyeleweng. Sesungguhnya apa yang sebenar berlaku ialah bahawa kedua-dua tokoh besar Ahli Sunnah Waljamaah ini menerima sepenuhnya manhaj golongan Salafyang berpegang kepada nas dalam halyang berkaitan dengan akidah; di samping mereka juga menggunakan akal untuk menyokong dan memperkukuhkan nas. Manhaj al-Ashcari dan al-Maturidi dalam membincangkan persoalan akidah ini adalah satu pendekatan terbaik kerana ia merupakan jalan tengah di antara dua ekstrim: Penggunaan nas sahaja dan penggunaan akal sahaja, yang kedua-duanya mempunyai kelemahan yang tersendiri. Manhaj kedua tokoh besar ini jelas lebih berwibwa dan berautoriti apabila didapati al-Qur an sendiri mengiktiraf dan menggesa penggunaan akal untuk meneguhkan pegangan akidah; di samping golongan Salaf al-Salih, termasuk al-Sahabah sendiri juga menggunakan akal dalam berhujah mempertahankan pegangan akidah. Oleh itu, gugatan pihak tertentu untuk mempertikaikan kedudukan al-Ash ari dan al-Maturidi dalam mazhab Ahli Sunnah Waljamaah adalah satu kerja nakal yang tidak berfaedah dan perlu dibenteras
Keywords :
Kedudukan , pemikiran , al , Ash ari , al , Maturidi , Ahli Sunnah Waljamaah
Journal title :
Islamiyyat
Journal title :
Islamiyyat
Record number :
2639818
Link To Document :
بازگشت