Title of article :
Memperkasakan Pelajar Pasca-Siswazah Indonesia Dalam Penulisan Akademik Bahasa Melayu
Author/Authors :
Awal, Norsimah Mat Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia , Burhanudeen, Hafriza Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia , Abdul Hamid, Nor Zakiah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia , Azlan, Mohd Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia
Abstract :
Menurut perangkaan kemasukan pelajar pasca-siswazah antarabangsa sesi 2004/2005 di UKM, bilangan pelajar Indonesia merupakan yang tertinggi berbanding pelajar antarabangsa yang lain. Untuk memenuhi keperluan pengijazahan pelajar-pelajar pascasiswazah ini dikehendaki menulis tesis atau disertasi di dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris namun kebanyakan pelajar Indonesia ini lebih cenderung memilih untuk menulis di dalam bahasa Melayu. Masalahnya mula timbul dalam pemilihan kata atau ungkapan dalam penulisan mereka sehingga mengganggu kelancaran pemahaman pembaca. Kertas kerja ini akan membentangkan dapatan kajian kami di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UKM. Kajian ini bertujuan untuk melihat variasi makna laras akademik di antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan masalah pemahaman timbul ekoran dari tiga perbezaan yang ketara di antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Perbezaan tersebut ialah pertama, istilah/ungkapan yang berbeza tetapi merujuk kepada makna yang sama, kedua ialah istilah/ungkapan yang sama digunakan tetapi membawa makna yang berbeza dan ketiga ialah amalan mentransliterasi bahasa Inggeris dalam bahasa Indonesia.
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies