• Title of article

    Analisis Deskriptif e-Forum dalam Pembelajaran Kursus Terjemahan di Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Author/Authors

    Yusof, Norwati Md Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Amir, Zaini Universiti Kebangsaan Malaysia - Faculty of Social Sciences and Humanities, Malaysia

  • From page
    79
  • To page
    93
  • Abstract
    E-pembelajaran tidak kira secara sepenuhnya atau secara gabungan (blending), memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam memastikan bahawa objektif e-portal dapat dicapai. Saranan dunia-tanpa kertas (paperless world) mungkin terlalu jauh untuk dicapai tetapi sebagai salah satu kaedah penyampaian maklumat untuk memastikan e-masyarakat di kampus, e-forum boleh menjadi gandengan yang sesuai dalam e-pembelajaran/pengajaran kerana penyertaan pelajar secara maya adakalanya lebih berkesan berbanding perbincangan kelas secara kehadiran fizikal. Makalah ini akan membuat analisis deskriptif satu e-forum dan pencapaian objektif perbincangan berdasarkan tiga topik perbincangan e-forum kursus yang dipilih tersebut. Perbincangan akan memfokus kepada kekerapan penyertaan pelajar, tahap keyakinan dan sumbangan pelajar serta pencapaian objektif perbincangan. Analisis kualitatif ini akan mengaitkan faktor-faktor seperti kemudahan dan kelebihan e-forum, kefahaman pelajar tentang tajuk yang dibincangkan serta pencapaian matlamat perbincangan. Cadangan juga akan diberi berdasarkan kesimpulan yang dibuat.
  • Keywords
    terjemahan , e , forum , e , pembelajaran , analisis deskriptif , portal pembelajaran
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Record number

    2648237