Title of article :
Lakuan Tutur Menolak Generasi Muda Minangkabau: Cermin Budaya Popular Dalam Interaksi Sosial
Author/Authors :
Triana, Hetti Waluati Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol, Indonesia , Aman, Idris Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia
From page :
17
To page :
34
Abstract :
Lakuan tutur menolak sememangnya sarat dengan nilai-nilai budaya. Lakuan ini tidak hanya terdiri daripada bunyi-bunyi yang teratur dan bermakna, bahkan juga melibatkan nilai sosiobudaya yang mengatur perilaku sosial. Kedua-dua perkara ini wujud bersama dalam lakuan tutur menolak generasi muda Minangkabau moden. Oleh itu, analisis terhadap tuturan menolak dalam kalangan etnik Minangkabau moden pun boleh menunjukkan trend generasi muda kini. Dalam era globalisasi, trend tersebut dikenal sebagai budaya popular. Kajian ini menggunakan paradigma sosiopragmatik. Data dikumpulkan mengikut kaedah etnografi, iaitu pemerhatian, temu bual, dan etnopragmatik. Data yang dianalisis secara kualitatif dilengkapi dengan analisis kuantitatif. Dapatan menunjukkan bahawa leksikon, kod, dan strategi menolak yang digunakan oleh generasi muda Minangkabau sangat bervariasi dan kebervariasiaan itu berhubung rapat dengan konteks sosiobudaya Minangkabau. Dapatan ini mengisyaratkan bahawa lakuan tutur menolak bukan hanya merupakan lakuan linguistik, bahkan juga merupakan lakuan sosial yang boleh mencerminkan lakuan kolektif generasi berkenaan. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa dalam interaksi sosial generasi muda Minangkabau moden, terdapat perbezaan kecenderungan lakuan tutur menolak antara lelaki dengan perempuan. Perbezaan itu boleh tampak pada leksikon, kod, dan strategi yang dipilih dalam lakuan tutur menolak.
Keywords :
lakuan tutur menolak , sosiopragmatik , etnografi , Minangkabau , budaya popular
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648440
Link To Document :
بازگشت