Title of article :
Suku Kata Dasar Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Optimaliti
Author/Authors :
Abdul Aziz, Adi Yasran Universiti Putra Malaysia, Malaysia
From page :
121
To page :
136
Abstract :
Makalah ini bertujuan memberikan penjelasan terhadap interaksi kekangan bagi suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan teori Optimaliti (TO). Analisis terhadap suku kata dasar bahasa Melayu sebelum ini hampir keseluruhannya membincangkan aspek polanya sahaja. Analisis seperti ini tidak dapat membezakan suku kata dasar bahasa Melayu dengan suku kata dasar dialek-dialek Melayu kerana semuanya berasal daripada bahasa induk yang sama. Kebanyakannya menggunakan pola suku kata dasar (konsonan)-vokal- (konsonan) (K)V(K), iaitu KV, KVK, VK dan V. Namun begitu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat satu set hierarki kekangan dalam nahu dialek Kelantan yang menjadi dasar suku katanya yang berbeza dengan set hierarki kekangan suku kata dasar bahasa Melayu. Susunan set hierarki kekangan dialek Kelantan yang terhasil ialah *NUKLEIKOMPLEKS, *KODAKOMPLEKS, KONTIGAKAR JAJAR-KIRI ONSET DEP MAKS *KODA. Kekangan yang terbentuk dalam minda manusia secara konseptual ini bersifat sejagat, namun susunan hierarkinya adalah bergantung kepada cara kekangan ini berinteraksi dalam bahasa atau dialek tempatan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penjelasan interaksi kekangan daripada TO ini adalah lebih berpada untuk menjelaskan nahu sesuatu bahasa.
Keywords :
fonologi , teori Optimaliti , dialek Kelantan , suku kata dasar , bahasa Melayu
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648447
Link To Document :
بازگشت