• Title of article

    Pandangan Alternatif Pada Analisis Semantik Kognitif Imbuhan BeR

  • Author/Authors

    Sew, Jyh Wee National University of Singapore - Faculty of Arts and Social Sciences - Centre for Language Studies, Singapore

  • From page
    155
  • To page
    170
  • Abstract
    Wacana akademik tentang etika kajian dalam ilmu linguistik merupakan pendidikan tidak langsung bagi ahli komuniti selapangan. Pengkaji sememangnya terikat dengan tatasusila penggunaan bahan kajian dan harus menghormati pandangan asal pengarang lain. Oleh sebab itu, adalah mustahak menyatakan sumber rujukan seperti diagram, skema penunjuk, buah fikiran teras, pandangan pengkaji, serta penemuan pihak lain dalam kepustakaan ilmu linguistik. Perkara ini penting apabila sumber kajian linguistik kognitif digunakan sebagai kerangka analisis imbuhan awalan bahasa Melayu. Cabang linguistik kognitif seperti skema imej dan nahu kognitif yang berkemiripan dalam pandangan masing-masing mudah menjadi maklumat saling rujuk sehingga terhasil dapatan yang keliru hujung pangkal. Perbincangan ini meninjau asal usul skema imej dalam sebuah kajian yang membelakangkan sumber asalnya. Kerangka kajian ke atas imbuhan beRdidapati masih mengandungi persoalan yang perlu diselesaikan ekoran tindanan beberapa fahaman kognitif yang berbeza-beza.
  • Keywords
    akauntabiliti ilmiah , morfem terikat , semantik kognitif , nahu kognitif , skema imej
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Record number

    2648449