Title of article :
Fonologi Rangkap Vokal Dan Kepelbagaian Dialek Melayu: Analisis Teori Optimaliti
Author/Authors :
Ahmad, Zaharani Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia , Jalaluddin, Nor Hashimah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia , Malek, Shariffulizan Dewan Bahasa dan Pustaka - Jabatan Bahasa
From page :
5
To page :
30
Abstract :
Makalah ini membincangkan perilaku fonologi rangkap vokal dalam empat kumpulan dialek Melayu, iaitu dialek Johor, dialek Kedah, dialek Perak dan dialek Kelantan. Data kajian terdiri daripada data sekunder yang dipetik daripada beberapa kajian lepas (Asmah Haji Omar, 1985; Raja Mukhtaruddin, 1986; Ajid Che Kob, 1984; Teoh Boon Seong 1994). Analisis fonologi yang dikemukakan berdasarkan pendekatan kekangan daripada teori optimaliti (Prince Smolensky, 2004; McCarthy 2008). Dapatan kajian menunjukkan kesemua dialek ini secara umumnya tidak membenarkan kehadiran rangkap vokal di peringkat permukaan kerana ini melibatkan pengingkaran onset. Dari sudut pendekatan rumus, rangkap vokal di peringkat dalaman akan ditangani melalui proses fonologi, seperti diftongisasi, ambisilabifikasi, peleburan vokal dan pengguguran vokal. Setiap dialek menggunakan strategi yang berbeza dalam menangani rangkap vokal ini, dan kesannya menyebabkan wujudnya kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu. Dari sudut pendekatan kekangan dalam kerangka teori optimaliti pula, kewujudan pelbagai dialek Melayu disebabkan oleh pematuhan dan pengingkaran kekangan-kekangan yang bersifat universal, dan setiap dialek itu mempunyai susunan tatatingkat kekangannya yang tersendiri. Semua dialek ini meletakkan kekangan *KOMPLEKS, *VK], KONTIGUITI dan KT≥KAKI di tingkat tertinggi dan tidak boleh diingkari. Kekangan yang boleh diingkari pula terdiri daripada ONSET, UNIFORMITI, INTEGRITI, MAKS-IO, *KODA, dan kekangan-kekangan ini ditatatingkatkan secara berbeza dalam dialek-dialek tersebut
Keywords :
rangkap vokal , tatatingkat kekangan , diftongisasi , ambisilabifikasi , peleburan vokal
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648459
Link To Document :
بازگشت