Title of article :
Hati Budi Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu Ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang
Author/Authors :
Musa, Hashim Universiti Putra Malaysia - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi - Jabatan Bahasa Melayu, Malaysia , Said, Normahdiah Sheik Universiti Putra Malaysia - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi - Jabatan Bahasa Melayu, Malaysia , Rodi, Rozita Che Universiti Putra Malaysia - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi - Jabatan Bahasa Melayu, Malaysia , Karim, Siti Sarah Ab Komunikasi Universiti Putra Malaysia - Fakulti Bahasa Moden dan - Jabatan Bahasa Melayu, Malaysia
From page :
163
To page :
182
Abstract :
Artikel ini menelusuri warisan sifat keperibadian sosial orang Melayu yang tersemai dalam hati budinya atau “psyche”, dan terjelma dalam tindak-tanduk, budi pekerti, budi bahasa, nilai, norma, pemikiran dan ilmunya. Hashim Hj. Musa (2008) berdasarkan kajian tentang puisi Melayu tradisional yang menyentuh tentang simpulan bahasa, pepatah, dan pantun Melayu lama, telah menubuhkan dua puluh enam (26) teras hati budi Melayu. Orang-orang yang menghayatinya pula dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mereka itu dinamakan sebagai orang ‘budiman’ iaitu berbudi pekerti dan adab sopan yang mulia, berbudi bahasa dan budi bicara yang santun, bernas dan berwibawa, dan berhati budi yang tinggi dan bijaksana. Namun sifat ini boleh terhakis disebabkan oleh sifat dalaman yang buruk, dan juga oleh pengaruh luaran yang asing, seperti yang pernah terjadi dalam sejarah yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka, dan dalam zaman kini muncul dalam pelbagai gejala sosial yang buruk. Demi meneliti keadaan hati budi orang Melayu, kajian ini dilakukan untuk mengukur sejauh mana keakuran atau penyimpangan teras hati budi Melayu dalam kalangan orang Melayu kini. Hasil penyelidikan awal menunjukkan bahawa orang Melayu masih ada agamanya, nilai murninya, hakikat ilmunya tetapi masih agak lemah dari segi didikan yang menyebabkan kerosakan dalam tingkah laku dan budi pekerti. Oleh yang demikian daya usaha pemupukan kembali 26 teras hati budi itu pada masa kini sangat mendesak demi menjana dan membina umat Melayu masa depan yang gemilang
Keywords :
hati budi Melayu , nilai murni , puisi Melayu , penyakit hati , perisian penilaian kendiri
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648579
Link To Document :
بازگشت