• Title of article

    Kebolehterjemahan Budaya Tabiat Bahasa Cina-Bahasa Melayu

  • Author/Authors

    Seong, Goh Sang Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Malaysia

  • From page
    183
  • To page
    199
  • Abstract
    Makalah ini membincangkan kajian tentang kebolehterjemahan budaya tabiat yang tergolong dalam kata kerja. Dengan memanfaatkan satu himpunan teori yang merangkumi konsep penterjemahan, teori semantik dan teori sosiolinguistik, unit linguistik yang mengandungi unsur budaya tabiat daripada Shui Hu Zhuan (Hikayat Pinggir Air) telah dikutip dan dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan sampel budaya tabiat dalam bahasa Cina bersifat tidak boleh terjemah ke dalam bahasa Melayu. Tahap kebolehterjemahan unsur budaya ini banyak bergantung pada kewujudan bentuk dan fungsi budaya bahasa sumber dalam jaringan sosiolinguistik bahasa sasaran. Apabila bentuk dan fungsi budaya tabiat bahasa Cina juga wujud dalam bahasa Melayu, tahap kemungkinan boleh terjemahannya adalah lebih tinggi dibandingkan dengan bentuk dan fungsi budaya tabiat bahasa Cina yang tidak wujud dalam jaringan sosiolinguistik bahasa Melayu
  • Keywords
    kebolehterjemahan , budaya tabiat , analisis komponen makna , pernyataan lojik predikat
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Record number

    2648580