Title of article :
Penggunaan Bahan Pembelajaran Dalam Kursus Bahasa Arab
Author/Authors :
Yusri, Ghazali , Rahimi, Nik Mohd Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Shah, Parilah M. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Abdul Majid, Muhammad Arsyad Universiti Teknologi MARA - Akademi Pengajian Bahasa, Malaysia , Wah, Wan Haslina Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Perubatan, Malaysia
Abstract :
Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk menilai kadar kekerapan penggunaan bahan pembelajaran bahasa Arab dalam konteks kemahiran lisan di UiTM. Ia berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian di dalam kelas. Bagi data kuantitatif, teknik pensampelan rawak berstrata digunakan, melibatkan seramai 455 orang pelajar dan 48 orang pensyarah. Manakala bagi data kualitatif pula, ia melibatkan 13 siri temu bual pelajar dan lapan temu bual pensyarah. Pemerhatian di dalam kelas pula membabitkan 12 siri pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya penggunaan buku teks sahaja berada pada kadar kekerapan yang tinggi, manakala bahan-bahan yang lain berada pada kadar kekerapan yang rendah. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran adalah berdasarkan kandungan buku teks semata-mata. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam penggunaan bahan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM seperti penggunaan bahan yang bersifat autentik melalui medium komputer dan Internet. Penggunaan buku teks pula adalah sebagai panduan semata-mata dan bukanlah matlamat akhir pembelajaran. Bahan pembelajaran juga perlu menyokong minat, keperluan dan motivasi pelajar. Mereka juga perlu mempunyai autonomi dalam memilih bahan yang mereka perlukan dan minati
Keywords :
penggunaan bahan pembelajaran , pembelajaran bahasa Arab , kemahiran lisan bahasa Arab , bahan pembelajaran autentik , autonomi pelajar
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies