Title of article :
Pengaruh Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Dalam Strategi Penukaran Kod Bahasa Perancis
Author/Authors :
Abdul Halim, Hazlina Universiti Putra Malaysia - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Malaysia
From page :
693
To page :
709
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI) dalam strategi penukaran kod yang digunakan oleh pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Seramai lima puluh responden terlibat dalam kajian ini. Responden diminta melakukan satu aktiviti penulisan. Kajian ini menggunakan kaedah penganalisisan kualitatif dan kuantitatif berdasarkan kerangka definisi dan pengkelasan penukaran kod oleh Zentella (1997). Hasil kajian ini mendapati bahasa Melayu lebih banyak digunakan oleh responden dalam penukaran kod ke bahasa Perancis. Responden juga didapati menggunakan strategi penukaran kod sebagai penunjang, penghubung dan pengganti perkataan dan frasa yang tidak boleh diterjemahkan ke bahasa Perancis. Kajian ini juga mendapati strategi penukaran kod yang bersifat penunjangan adalah strategi yang paling banyak digunakan. Penukaran kod yang dilakukan juga melibatkan kata nama, adjektif, kata hubung dan kata ganti nama diri
Keywords :
penukaran kod , strategi komunikasi , bahasa Perancis , pelajar Melayu , pengaruh bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648666
Link To Document :
بازگشت