Title of article :
Peluasan Makna Alim: Analisis Semantik Kognitif
Author/Authors :
Jalaluddin, Nor Hashimah Universiti Kebangsaan Malaysia - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Malaysia , Anida Sarudin, Anida Universiti Pendidikan Sultan Idris - Fakulti Bahasa - Jabatan Bahasa Melayu, Malaysia , Ahmad, Zaharani Hankuk University of Foreign Studies - Department of Malay-Indonesia Interpretation and Translation, Korea
From page :
457
To page :
473
Abstract :
Kedatangan agama Islam ke alam Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besarbukan sahaja dalam aspek cara dan gaya hidup, malah merangkumi juga elemen bahasadan pemikiran. Fenomena ini dapat dilihat daripada pertambahan kosa kata Arab yangmemperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu. Antara isu yang ingin diketengahkandalam kajian ini adalah sesetengah kosa kata Arab telah mengalami peluasan makna danmakna yang asal tidak lagi menjadi teras. Perubahan ini berlaku ekoran daripadapenggunaannya mengikut konteks dan sosiobudaya Melayu. Entri yang dikaji adalahentri ‘alim’ dan pemilihan entri ini daripada kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), adalahberdasarkan pemilihan entri bahasa Arab yang berpolisemi dengan tujuan untuk melihatsejauh manakah berlaku peluasan makna berpandukan data korpus. Sebanyak 470 datakonkordans ‘alim’ di dalam korpus 5 juta UKM-DBP serta pangkalan data DBP telahdianalisis. Analisis mendapati bahawa makna ‘alim’ telah meluas kepada makna-maknalain dan berbeza dengan dapatan kamus (Kamus Dewan Ed-ke 4, 2007). Setiap peluasanini adalah bermotivasi dan bukan wewenang. Berteraskan teori semantik kognitif denganmemanfaatkan teori prototaip, kategori jaringan radial, skema imej, metafora konsepsidan metonimi setiap motivasi peluasan makna dapat dijelaskan secara berpada
Keywords :
teori prototaip , kategori jaringan radial , skema imej , metafora konsepsi , metonimi
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648688
Link To Document :
بازگشت