Title of article :
Keberkesanan Penggunaan Perisian Asas Membaca
Author/Authors :
Auzar Fakulti Pendidikan Universitas Riau, Indonesia
From page :
629
To page :
644
Abstract :
Penyelidikan penggunaan perisian atau komputer dalam pembelajaran membaca bertujuan untuk mengetahui keberkesanan proses pengenalan bunyi dan kata yang dikaitkan dengan gambar animasi. Penyelidikan yang menggunakan kaedah eksperimen kuasi ini dilakukan terhadap 86 orang murid darjah 1 Sekolah Rendah Nombor 021, Pekanbaru yang terbahagi kepada kumpulan eksperimen sebanyak 42 orang dan kumpulan kawalan sebanyak 44 orang. Penetapan murid sebagai sampel penyelidikan dilakukan secara rawak. Metodologi pembangunan perisian pembelajaran membaca ini merujuk kepada model ADDIE. Perisian dinilai daripada segi aspek rekabentuk (design), pedagogi, isi (content), dan aspek teknikal (technical) sebelum digunakan dalam pembelajaran membaca. Penyelidikan ini menggunakan satu set soalan asas membaca sebagai instrumen mengumpul data untuk mengukur keberkesanan penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Asas Membaca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pembelajaran membaca menunjukkan keberkesanan yang signifikan berbanding dengan pembelajaran membaca secara tradisional. Penggunaan perisian dalam pembelajaran membaca juga berjaya meningkatkan kemahiran membaca murid-murid secara signifikan. Dapatan kajian ini juga mempunyai implikasi kepada murid-murid, guru dan strategi pembelajaran membaca
Keywords :
penilaian , perisian , pembelajaran , membaca , keberkesanan
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648699
Link To Document :
بازگشت