Title of article :
Interdiskursiviti dalam Wacana Iklan Produk Kecantikan Berbahasa Jepun
Author/Authors :
Shabudin, Maserah Universiti Kebangsaan Malaysia - Pusat Pengajian Bahasa Linguistik, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan, Malaysia , Aman, Idris Universiti Kebangsaan Malaysia - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Malaysia
From page :
149
To page :
168
Abstract :
Di dalam strategi periklanan produk kecantikan di Jepun, terdapat kecenderungan yang menunjukkan bahawa pengiklan telah melakukan inovasi iaitu wacana iklan tidak terikat dengan satu genre bagi menggambarkan produk kosmetik sebagai produk untuk kecantikan tetapi telah digembleng dengan pelbagai genre lain yang bersifat saintifik dan farmaseutikal. Makalah ini membincangkan mekanisme interdiskursiviti yang meneliti kedua-dua paradigma tersebut dalam mengenal pasti genre dan wacana-wacana yang dimanfaatkan oleh sejumlah 24 teks dan secara sintagmatik dalam menganalisis bagaimana pertalian antara genre dan wacana-wacana tersebut. Interpretasi menunjukkan bahawa wacana iklan yang dikaji dihasilkan dengan menggabungkan bersamanya dua genre wacana lain, iaitu deskripsi ramuan dan deskripsi fungsi. Deskripsi ramuan digembleng dalam wacana produk dermatologi dan penyelesaian saintifik. Manakala wacana genre deskripsi fungsi dan wacana matematik digembleng dalam wacana produk maskara dan bulu mata palsu. Strategi melalui deskripsi ramuan, membolehkan pengiklan memberitahu khalayak mengenai apa ramuan yang istimewa serta mengapa ramuan tersebut digunakan dan bagaimana ramuan tersebut mampu mencantikkan kulit wajah mereka. Strategi penggunaan deskripsi ramuan, banyak menggunakan jargon saintifik serta bersifat farmaseutikal dan dilihat sebagai satu cara pengiklan ingin menonjolkan kualiti dan memberi aura kredibiliti kepada produk kecantikan mereka. Strategi melalui deskripsi fungsi bermatlamat bagi memahamkan audiens mengenai fungsi produk dan cara merealisasikan hasil solekan yang diingini. Deskripsi fungsi produk juga muncul dalam bentuk wacana matematik iaitu imej visual dalam matematik membentuk kefahaman yang intuitif menerusi simbol medan bahasa.
Keywords :
interdiskursiviti , deskripsi ramuan , deskripsi fungsi , iklan produk kecantikan , bahasa Jepun
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2649348
Link To Document :
بازگشت