Title of article :
Paper in Bahasa Melayu: UniMAP 2002-2005: Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis
Author/Authors :
Aslam, Mohd Mizan Universiti Malaysia Perlis - Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan, Malaysia , ABDUL, ABDUL HALIM Universiti Malaysia Perlis - Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan, Malaysia
From page :
199
To page :
220
Abstract :
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan pada Julai 2001 dan telah memulakan operasinya secara rasmi selepas perlantikan Brigedier Jen. Dato’Professor Dr. Kamarudin Hussin sebagai Naib Canselor pertama pada 16 Februari 2002. Setelah empat (4) tahun beroperasi (2002 hingga 2005), UNIMAP telah memberikan sumbangan yang sangat besar di negeri ini. Impak utama UNIMAP adalah dalam aspek ekonomi. Yang mana selama operasinya di Perlis, UNIMAP telah menyumbang jutaan ringgit untuk prasarana dan perbelanjaan mengurus termasuklah emolumen staf dan perbelanjaan pelajar. Kertas kerja ini akan melihat kesan yang dibawa oleh UNIMAP selama operasinya di Perlis terutamanya dalam aspek ekonomi termasuk jugalah pandangan penduduk Perlis, staf dan pelajar terhadap UNIMAP dan kesan kampus teragih serta kesan pemusatan UNIMAP terhadap ekonomi Perlis. 565 responden yang terdiri daripada masyarakat luar, staf dan pelajar UNIMAP terlibat dalam penyelidikan ini. Semua maklumat ini dihurai secara diskriptif dan diikuti dengan analisis statistik yang mudah untuk menjelaskannya disamping data-data sekunder daripada pelbagai agensi samaada agensi kerajaan negeri, persekutuan, swasta mahupun UNIMAP sendiri.
Keywords :
Impak , ekonomi , Perlis , UniMAP , kampus teragih.
Journal title :
International Journal of Business and Technopreneurship
Journal title :
International Journal of Business and Technopreneurship
Record number :
2660412
Link To Document :
بازگشت