Title of article :
Hubungan Kawalan Proses Statistik (SPC) Terhadap Prestasi Organisasi Dengan Budaya Organisasi Sebagai Pemboleh Ubah Moderator
Author/Authors :
Asaad, Mohd Norhasni Mohd Universiti Utara Malaysia - Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Malaysia , Saad, Rohaizah Universiti Utara Malaysia - Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Malaysia , Yusoff, Rushami Zien Universiti Utara Malaysia, Malaysia
From page :
479
To page :
496
Abstract :
Dalam Kawalan Proses Statistik (SPC), pemantauan penyebaran proses mempunyai kesan yang besar kepada prestasi proses seperti pembuatan, pengurusan dan perkhidmatan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menyelidik hubungan di antara Kawalan Proses Statistik (SPC) dengan prestasi organisasi dan juga pengaruh budaya organisasi sebagai pembolehubah moderator. Walaupun terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berhubung dengan SPC, tetapi sedikit sahaja penyelidikan yang menyiasat kesan SPC terhadap prestasi organisasi. Sebahagian organisasi yang melaksanakan SPC menghadapi kegagalan. Antara sebabnya ialah faktor budaya organisasi yang mempengaruhi pelaksanaan SPC dan prestasi organisasi. Model Rasch digunakan dalam kajian ini kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan responden dalam melaksanakan perkara-perkara yang sukar. Soal selidik dalam talian telah diedarkan kepada 63 buah syarikat automotif yang dipilih secara rawak terletak di Wilayah Utara Malaysia . Hasil kajian menunjukkan bahawa SPC dan budaya organisasi menyumbang secara positif terhadap prestasi organisasi. Oleh itu, pelaksanaan SPC dalam budaya organisasi yang cemerlang boleh meningkatkan prestasi sesebuah organisasi.
Keywords :
Kawalan proses statistik , prestasi organisasi , budaya organisasi , model Rasch
Journal title :
International Journal of Business and Technopreneurship
Journal title :
International Journal of Business and Technopreneurship
Record number :
2660716
Link To Document :
بازگشت