Author/Authors :
ZAINAL-ABIDIN, B. A. H. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Biosains Bioteknologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber Alam, Malaysia , ROSNIZAR, M. JAMIL Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Biosains Bioteknologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber Alam, Malaysia , NORAN, MAJID Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Biosains Bioteknologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber Alam, Malaysia , SAJAP, A.S. Universiti Putra Malaysia - Fakulti Perhutanan, Malaysia , HUSSAN, A.K. Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Malaysia , IDRIS, A.B. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Biosains Bioteknologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber Alam, Malaysia
Abstract :
Beberapa teknik pewarnaan biasa telah digunakan untuk mengesan peringkat hidup Nosema bombycis (khususnya spora) yang terdapat pada larva Plutella xylostella (rama-rama belakang intan, DBM) yang terjangkit begitujuga kesan jangkitan spora ini ke atas larva telah dikaji. Larva instar 1,2,3 dan 4 DBM yang bebas daripadajangkitan spora telah dijangkiti dengan empat kepekatan spora (407150, 41420, 4260 dan 420 sporalpl) secara berasingan dengan membiarkan larva ini memakan makanan buatan yang telah dicemari dengan kepekatan spora tersebut. Pemprosesan tisu denganteknik pewarnaan, penentuan kepekatan spora daripada larva dan cerapan langsung telah dilakukan dalam tempoh 24, 48 dan 72 j selepas jangkitan. Didapati teknik pewarnaan Gram, Giemsa, hematoksilin dan trikrom lebih sesuai untuk mengesan spora, sporon dan meron daripada tisu larva yang terjangkit berbanding teknik good Pasteur . Kesan utama jangkitan spora ialah kematian larva yang bergantung kepada kepekatan spora yang digunakan dan didapati instar yang lebih muda adalah lebih rentan terhadap jangkitan ini berbanding instar yang lebih matang. Kepekatan spora407150, 41420 dan 4260 sporal)11 boleh menyebabkan kematian manakala kepekatan spora terendah (420 sporal)1l) tidak menyebabkan kematian. Kadar kematian instar yang lebih muda lebih tinggi (p 0.001) berbanding instar yang lebih matang. Nil ai LC50 dan LC95 bagi instar 1 dan 2 lebih rendah berbanding instar 3 dan 4, selepas 48 dan 72 j jangkitan. 1ni menunjukkan bahawa kepekatan spora yang lebih tinggi diperlukan untuk membunuh instar yang bersaiz lebih besar dan lebih matang. Bilangan spora terendah diperolehi pada tempohjangkitan 24 j manakala bilangan spora tertinggi diperolehi pada tempoh jangkitan 72 j. Kajian histologi ke atas tisu larva terjangkit mendapati kerosakan terjadi pada tisu lemak dan usus yang menyebabkan kematian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peringkat hidup N bombycis khususnya spora dapat dikesan dengan baik menerusi teknik pewarnaan yang biasa dan kebolehjangkitan paras it ini dan kesannya kepada larva DBM telah diketahui.