Author/Authors :
ZAINAL ARIFFIN, SHAHRUL HISHAM Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains Bioteknologi, Malaysia , ABDUL WAHAB, ROHAYA MEGAT Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pergigian - Jabatan Ortodontik, Malaysia , ZAINOL ABIDIN, INTAN ZARINA UKM - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Malaysia , SENAFI, SAHIDAN Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Malaysia , MAHADI, NOR MUHAMMAD UKM - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Malaysia , ZAINAL ARIFFIN, ZAIDAH Universiti Teknologi - Fakulti Sains Gunaan - Jabatan Mikrobiologi, Malaysia
Abstract :
Sel stem juga dikenali sebagai sel induk berupaya untuk menjalani kedua-dua proses pembahagian dan pembezaan sel. Sel stem yang paling primitij iaitu sel totipoten berupaya untuk membentuk satu organisma lengkap daripada satu sel. Sel stem hemopoietik terdiri daripada dua jenis bergantung kepada peringkat perkembangan individu iaitu sel stem hemopoietik embrio dan dewasa. Kajian mendapati hanya 0.01-0.05% daripada keseluruhan populasi sel sumsum tulang berupaya bertindak sebagai sel stem hemopoietik. Daripada julat yang kecil ini sel stem hemopoietik wujud dalam tigasaiz yang mempunyai ciri yang berbeza. Selain daripada itu mikrosekitaran yang mempunyai molekul-molekul regulatori yang berbeza-beza juga memainkan peranan yang penting dalam pembezaan sel stem kepada sel-sel matang yang spesijik.