Title of article :
Profiles of Lactate dehydrogenase, Tartrate Resistant Acid Phosphatase and Alkaline Photophatase in Saliva during Orthodontic Treatment
Author/Authors :
Zainal Ariffin, Shahrul Hisham Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Malaysia , Mohd faiz, ellias Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Malaysia , ABDUL WAHAB, ROHAYA MEGAT Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pergigian - Jabatan Ortodontik, Malaysia , BAKAR, YOSNI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , SENAFI, SAHIDAN Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Malaysia
From page :
405
To page :
412
Abstract :
Proses pergerakan gigi semasa rawatan ortodontik boleh dikelaskan kepada empat fasa iaitu pengaktifan (berkait inflamasi terhadap tisu serta kematian sel), penyerapan, proses berbalik dan pembentukan tulang. Pergerakan gigi ini berkait rapat dengan perubahan metabolik di sekitar mulut. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan profil penanda biologi enzim di dalam air liur individu yang menerima rawatan ortodontik iaitu laktat dehidrogenase (LDH) bagi proses inflamasi, asid fosfatase rintang tartarat (TRAP) bagi proses penyerapan tulang dan alkali fosfatas (ALP) bagi proses pembentukan tulang. Sampel air liur diambil daripada 6 individu yang menerima rawatan ortodontik. Aktiviti kesemua enzim diambil sebelum pendakap dipasang (aktiviti normal) diikuti dengan hari ke-3, 7, 10, 14, 17, 21, 24, 28 dan 31 selepas pengaktifan. Hasil kajian mendapati kesemua enzim (LDH, TRAP and ALP) menunjukkan peningkatan yang signifikan (p=0.05) selepas rawatan diberikan berbanding aktiviti normal. LDH didapati meningkat pada peringkat awal rawatan (hari ke-3,7 dan 10), TRAP pada hari ke 14 dan 17 diikuti dengan ALP pada hari ke-17, 21 dan 24. Sebagai kesimpulan, profil enzim sepanjang rawatan ortodontik menunjukkan proses inflamasi berlaku di peringkat awal rawatan diikuti proses penyerapan dan pembentukan tulang. Selain itu, keseluruhan fasa inflamasi, penyerapan dan pembentukan tulang ortodontik didapati mengambil masa 24 hari
Keywords :
Air liur , enzim , ortodontik , pemodelan tulang
Journal title :
Sains Malaysiana
Journal title :
Sains Malaysiana
Record number :
2663472
Link To Document :
بازگشت