Title of article :
KONFLIK ISRAEL – PALESTIN DARI ASPEK SEJARAH MODEN DAN LANGKAH PEMBEBASAN DARI CENGKAMAN ZIONIS
Author/Authors :
Nor, Mohd Roslan Mohd university of malaya - Akademi Pengajian Islam - Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Malaysia
Abstract :
Presiden Amerika Syarikat, Obama, ketika berucap di Cairo pada bulan Jun 2009 melahirkan rasa simpati kepada masyarakat Palestin yang telah ditindas selama lebih satu abad. Peristiwa penjajahan zionis ke atas Palestin telah merubah lanskap pemerintahan di Asia Barat. Ada di antara sarjana yang menyatakan bahawa selagi kezaliman dilakukan oleh golongan zionis, selagi itulah tidak akan wujud keamanan di rantau tersebut secara khusus dan di dunia ini secara umum. Artikel ini meninjau dari aspek sejarah moden mengenai konflik yang berlaku dan mencadangkan beberapa langkah yang boleh diketengahkan untuk kebaikan dan keamanan sejagat.
Keywords :
Konflik Palestin , Israel , Zionis , Asia Barat , Keamanan
Journal title :
jurnal al-tamaddun
Journal title :
jurnal al-tamaddun