Abstract :
Pendidikan merupakan perkara yang penting dalam Islam. Setiap muslim digalakkan seboleh mungkin menuntut pelbagai jenis ilmu. Kepentingan pendidikan ini secara jelas dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah serta dijelaskan oleh para sarjana Islam dalam karya-karya agung mereka. Makalah ini akan menyingkap penglibatan dan komitmen Abu Hanifah al-Nu‘man dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan antara sarjana terawal yang menghasilkan beberapa karya agung yang membincangkan idea-idea pendidikan. Makalah ini dimulai dengan perbincangan mengenai Abu Hanifah dan penglibatan beliau dalam bidang pendidikan yang merangkumi analisis mengenai para murid dan karya-karya pendidikan beliau. Melalui perbahasan ini diharapkan dapat menjelaskan sumbangan dan mengetengahkan karya-karya beliau dalam bidang pendidikan
Keywords :
Pendidikan Islam , sumber Pendidikan Islam , pemikir Pendidikan Islam , karya agung Pendidikan Islam , Abu Hanifah al , Nu‘man.