Title of article :
KAHERAH SEBAGAI PUSAT PERCETAKAN KARYA MELAYU-ISLAM, 1880-AN HINGGA 1960-AN (Cairo as Printing Centre of Islamic-Malay Literary Works, 1880s to 1960s)
Abstract :
Kemunculan mesin percetakan merupakan salah satu mercu tanda penting dalam sejarah perkembangan intelektual manusia kerana membolehkan pelbagai ilmu disebarkan dan dikongsi oleh anggota masyarakat. Kemunculan Universiti al-Azhar sebagai pusat pengajian ilmu agama yang terkenal pula menyaksikan jumlah pelajar Melayu yang belajar di Kaherah semakin meningkat sejak akhir abad ke-19, dan mencapai kemuncak pada tahun 1920-an. Peranan Mesir sebagai pusat kegiatan intelektual tidak hanya terhad sebagai pusat penyebaran ilmu, tetapi juga meninggalkan pengaruh yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu-Islam. Artikel ini membincangkan peranan Kaherah sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam sejak tahun 1880-an sehingga tahun 1960-an. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder. Kajian ini mendapati bahawa Kaherah muncul sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam yang aktif sejak tahun 1910-an, namun peranannya sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam mula merosot selepas tahun 1930-an akibat kewujudan banyak syarikat percetakan di Tanah Melayu selain kemudahan mendapatkan alat percetakan di Singapura dan Pulau Pinang.
Keywords :
Universiti al , Azhar , Kaherah , Mesir , percetakan , karya Melayu , Islam
Journal title :
jurnal al-tamaddun
Journal title :
jurnal al-tamaddun